Thursday 14 January 2016

Aku & Satay Hakimi


Semalam, V dengan MR. M duk usha mana nak makan.. Ada rezeki lebih sikit haritu.. Alhamdulillah.. Macam biasalah perut kami ni pantang tengok Wallet ada Fulus sikit..

Biasa kami akan ke Alamanda.. Tempat paling dekat dengan rumah and alik2 Fast Food..Sushi..
Hurmm.. Naik jemu.. So malam tu terkeluar idea nak makan Satay.. Kebetulan Member sorang ni bagitau, kalau nak makan Satay sedap better pergi Satay Hakimi.. Katanya BERBALOI-BALOI.. Harga Pun Just Nice... Located between Putrajaya Gate One and Bangi.

Land Mark kalau dari Bangi Sebelah kanan jalan.. Kalau dari Gate One Putrajaya tu selepas Traffic Light straight depan sikit kedai dia sebelah kiri.

Sampai je kedai lengang.. Adalah beberapa customer, maybe time V pergi lepas maghrib.
Kedai dia takdela menarik sangat.. Stall biasa aje. tapi adalah restoran kat situ. So order satay kat stall dia and duduk makan di restoran tu.

Apa yang kami Order? (Macam Soalan Kertas Bahasa Melayu..Hu Hu Hu...)

Taaraaaaaa!!!!
15 Cucuk Ayam & 15 Cucuk Daging = 30 Cucuk..
Mula-mula bising gak dekat MR. M... Order 30 cucuk cukup ker? Lepas tu dia jawab "Tak pe, kalau tak cukup kita order lagi" Okay Fine.

Sekali hambik... Serious tak habis.. Makan 12 cucuk jer... balance 18 cucuk tapau bawak balik... Hahahaha... Tadi tamak kemain kan... memang betul member V cakap satay dia BERBALOI-BALOI...

Komen pasal satay... Satay dia memang best giler.. TUMBS UPPP!!! Manis ayam and daging tu terasa kat tekak... Ni duk menaip pun terasa nak makan lagi.. Semalam makan tak habisss... Mau kena pelangkong dengan MR. M ni... :)

Otak-Otak..
Yang ni memang favourite si kecik tu... Kalau tengok je dia nak... 1 bakul ni dia punya la.. Orang lain terpaksa order yang lain. Tapi tak kuasa la nak melayan kan.. so paksa jugak dia share.. V suka makan otak-otak ni.. Isi dia lembut.. a little bit spicy but for me okay.. Rasa tak hanyir lansung. and serve panas-panas tu yang penting.

For me.. Kue Teow Goreng...
Sedap tapi pedas yang amat... Panas lidah2.. Berair mata menelan kue teow ni.. lupa nak cakap tak mau pedas. Tapi tula biasa kalau kita mintak pedas baru buat pedas. Ini tak cakap pun nak pedas.. V cakap nak kue teow goreng jer tapi dia hantar kue teow goreng pedas ... Huuuu.....Berair hidung.

 Kue teow ni best sebab taste dia yang cukup.. Masam, masin, manis semua ada... Pedas je yang tak boleh nak belah... dalam tu dia letak Sotong, Udang and Ayam.. Kuantiti yang banyak.. Tak kedekutla.. Meriah...

Mee Goreng Basah
Ini yang menjadi pilihan MR. M... katanya.. Rasa okay.. Tapi pedas jugak ;) Lepas ni taulah ktorang... kalau nak order goreng2 kena cakap TAK MAU PEDAS...
Chicken Chop
For the kids V order Chicken Chop.. Nampak kecik Chicken Fillet dia tu. Tapi sebenarnya berisi tebal... Kecik2 Berisi... Diorang nak share jer.. Sebab diorang nak makan satay. And tak pelahap macam mummy and daddy diorang... HiiiiiiHiiiiiii

Air... V order Manggo Juice... Sedap terasa mangga asli nya. MR. M order Coffee Ice, and the kids nak Teh O Ice... 

Satay RM 0.80 X 30 Cucuk Satay = RM 24.00
Makan yang lain tu termasuk air = RM 26.00
Total = RM 50.00 (Affordable)

Perut kenyang hati pun senang... Lepas hajat nak makan satay sedap...
So U Olls bolehlah try ya.. katanya ada satu lagi cawangan dekat dengan SOHO di bangi bersebelahan dengan Petronas and gudang perabot... Nanti if terasa nak makan satay lagi V akan try pujuk MR. M kesana pulak... Bye..Bye...



No comments:

Post a Comment