Thursday 14 January 2016

Aku & Satay Hakimi


Semalam, V dengan MR. M duk usha mana nak makan.. Ada rezeki lebih sikit haritu.. Alhamdulillah.. Macam biasalah perut kami ni pantang tengok Wallet ada Fulus sikit..

Biasa kami akan ke Alamanda.. Tempat paling dekat dengan rumah and alik2 Fast Food..Sushi..
Hurmm.. Naik jemu.. So malam tu terkeluar idea nak makan Satay.. Kebetulan Member sorang ni bagitau, kalau nak makan Satay sedap better pergi Satay Hakimi.. Katanya BERBALOI-BALOI.. Harga Pun Just Nice... Located between Putrajaya Gate One and Bangi.

Land Mark kalau dari Bangi Sebelah kanan jalan.. Kalau dari Gate One Putrajaya tu selepas Traffic Light straight depan sikit kedai dia sebelah kiri.

Sampai je kedai lengang.. Adalah beberapa customer, maybe time V pergi lepas maghrib.
Kedai dia takdela menarik sangat.. Stall biasa aje. tapi adalah restoran kat situ. So order satay kat stall dia and duduk makan di restoran tu.

Apa yang kami Order? (Macam Soalan Kertas Bahasa Melayu..Hu Hu Hu...)

Taaraaaaaa!!!!
15 Cucuk Ayam & 15 Cucuk Daging = 30 Cucuk..
Mula-mula bising gak dekat MR. M... Order 30 cucuk cukup ker? Lepas tu dia jawab "Tak pe, kalau tak cukup kita order lagi" Okay Fine.

Sekali hambik... Serious tak habis.. Makan 12 cucuk jer... balance 18 cucuk tapau bawak balik... Hahahaha... Tadi tamak kemain kan... memang betul member V cakap satay dia BERBALOI-BALOI...

Komen pasal satay... Satay dia memang best giler.. TUMBS UPPP!!! Manis ayam and daging tu terasa kat tekak... Ni duk menaip pun terasa nak makan lagi.. Semalam makan tak habisss... Mau kena pelangkong dengan MR. M ni... :)

Otak-Otak..
Yang ni memang favourite si kecik tu... Kalau tengok je dia nak... 1 bakul ni dia punya la.. Orang lain terpaksa order yang lain. Tapi tak kuasa la nak melayan kan.. so paksa jugak dia share.. V suka makan otak-otak ni.. Isi dia lembut.. a little bit spicy but for me okay.. Rasa tak hanyir lansung. and serve panas-panas tu yang penting.

For me.. Kue Teow Goreng...
Sedap tapi pedas yang amat... Panas lidah2.. Berair mata menelan kue teow ni.. lupa nak cakap tak mau pedas. Tapi tula biasa kalau kita mintak pedas baru buat pedas. Ini tak cakap pun nak pedas.. V cakap nak kue teow goreng jer tapi dia hantar kue teow goreng pedas ... Huuuu.....Berair hidung.

 Kue teow ni best sebab taste dia yang cukup.. Masam, masin, manis semua ada... Pedas je yang tak boleh nak belah... dalam tu dia letak Sotong, Udang and Ayam.. Kuantiti yang banyak.. Tak kedekutla.. Meriah...

Mee Goreng Basah
Ini yang menjadi pilihan MR. M... katanya.. Rasa okay.. Tapi pedas jugak ;) Lepas ni taulah ktorang... kalau nak order goreng2 kena cakap TAK MAU PEDAS...
Chicken Chop
For the kids V order Chicken Chop.. Nampak kecik Chicken Fillet dia tu. Tapi sebenarnya berisi tebal... Kecik2 Berisi... Diorang nak share jer.. Sebab diorang nak makan satay. And tak pelahap macam mummy and daddy diorang... HiiiiiiHiiiiiii

Air... V order Manggo Juice... Sedap terasa mangga asli nya. MR. M order Coffee Ice, and the kids nak Teh O Ice... 

Satay RM 0.80 X 30 Cucuk Satay = RM 24.00
Makan yang lain tu termasuk air = RM 26.00
Total = RM 50.00 (Affordable)

Perut kenyang hati pun senang... Lepas hajat nak makan satay sedap...
So U Olls bolehlah try ya.. katanya ada satu lagi cawangan dekat dengan SOHO di bangi bersebelahan dengan Petronas and gudang perabot... Nanti if terasa nak makan satay lagi V akan try pujuk MR. M kesana pulak... Bye..Bye...



Monday 11 January 2016

Aku & Sushi King


Hi..Readers...!! (Syok sendiri..Ada ke tak readers nyer..)

Okay today im gonna pose about Sushi King Restaurant.. Yea!!!
Cerita aje bab makan memang V gemar Sesangat...
Maybe sebab V suka makan and Suka mencuba makanan yang baru..

Sushi King ni actually dah lama penubuhannya...
Tak taula ek Since bila...
Tapi ianya dibuka di Alamanda Putrajaya On November 2015 (Kedai Runcit V Me Family) Hahahaha...

Untuk makluman, V and 3D memang gemarkan Sushi... biasanya kami akan beli di Aeon alamanda... kalau beli selepas pukul 8:00 Malam... Buy 1 Free 1...Wahhhhh memang beli buat stock.. tapi biasanya tak sampai rumah kami telan je dalam kereta habis licin.. Tak senonoh betul...

So Last Nite.. V pun ajakla Mr. M mencuba Sushi di Sushi King Restaurant ni...
Cara presentation dia memang menarik la... All the Sushi is on Conveyor...So akan nampak Sushi tu bergerak di sekeliling kita... Nak yang mana ambik je letak atas meja.. memang heaven bagi penggemar Sushi...







Contohnya macam ni lah... Seronok tengok Sushi ni mengelilingi Table ktorang... Si Kecik Siap bangun lagi tak puas hati and asyik tanya..macam mana sushi tu boleh bergerak...

Mula2 mengelamun ktorg.. Macam mana nak order? kat atas meja takde plak buzzle nak panggil staf dia...1/2 Jam...nak panggil staf dia pun tak tergamak sebab staf nampak busy (Konon... Padahal malu nak panggil...Hahahaha)

Last ktorg pun godek2 ipad yang ada disediakan kat meja ktorang and kat situ baru celik akal ktorang... Rupa2nya order online pakai ipad ni... Harooommmm betul...!

So ni contohnyala...

Mudah aje rupanya... Tengok Gambar Menu - Select Menu - Select How many order - Send to Kitchen.... Tak sampai 5 minit diorang antala benda alah yg kita dah order tadi... Haaa.... Kan Mudah.. Cadanganla buat Sushi King Restaurant.... Staf yang mula2 sambut Customer tu patut tunjuk table mana dan explain sikit... Ext: "Welcome... Have a sit.. Just Click menu at Ipad Tablet for order" Kan mudah... bukan nak kena cakap panjang lebar pun... (Mengomel Pulak..)

Ok... Yang puas hati menu dia best2.. Sushi yang Variety... kepada bukan penggemar sushi jangan risau... Menu lain pun ada... Bawah ni adalah antara menu yang kami pilih ...So Check this out...


P/S: Harap maaf nama menu memang tak ingat.. Sebutan ala2 Jepun.. lagi payah nak ingat.

Nasi dan kepingan ayam... Lepas tu depa taruk sikit mayonis dan Sos tiram.. V rasala... Simple, sedap and mengenyangkan..

Soft Crab... Sedap especially makan time panas2. Tak perlu risau nak bukak kulit... sebab kulit dia boleh dimakan...rangup dan manis..

 Yang ni kepingan ayam and bawah dia ada sayur kobis.... Cruchy je bila makan benda alah ni...




















Haaa.. Harga ikut Colour Pinggan.. Kalau Colour hijau lain harga.. Colour pink lain harga. So mudah.. agak budget ciput ambik pinggan yang murah...budget tinggi ambik pinggan yang mahal.


Haa... Air ni 1 Jug RM 1.90.. Green Tea.. Rasa dia (Tawar Hebey) HaaaaHaaaHaaa....
Tapi sebenarnya bagus untuk badan kita.... Kalau badan tengah panas air ni la yang sesuai.. Sejuk je rasa... Murah pun murah RM 1.90 Aje Okay.....

  Antara yang memenuhi meja... :)


Ini memang Favourite kami la... Temaki Sushi...


Desert aku Hambik ini jer... Cheese Cake.. Sangatlah Cenonet Size nya tapi terasa CHEESE nyer tu...


Okla.. So far makan kat sini.. Untuk yang gaji ciput macam ni Sebulan sekali boleh.... Affordable....
U Olls pun boleh try... Tak Rugi.. Especially bagi peminat sushi