Wednesday 25 November 2015

Dia dan Ultraman

Sekadar luahan...

Mungkin ada yang tak senang..

Tapi apa yang diluah realiti kehidupan yang V tengah facing sekarang...


Kerja V memang akan berjumpa juga dengan VVIP/VIP tak terkecuali artis...

Wartawan? Bukan sama sekali. Tapi biarlah sorok sikit ek. Malas nak detail sangat.


Ada seorang artis datang ke tempat kerja V. Lawatan bersama program TV yang agak tersohor dikalangan kanak2 Terutamanya... And to be honest V juga amat meminatinya kerana dia merupakan seorang artis yang sentiasa melegakan hati dan kepala V yang sometimes serabut dengan perkara yg tak berapa penting.


Agak terkejut dan terkesima bila pertama kali berjumpa.. Dia bukanlah seperti apa yang ditonton di kaca TV. Watak yang ceria dan penyayang itu sama sekali tidak terpapar diwajahnya.

Namun bila time ambil gambar sponton diwajah itu akan tersenyum dan nampak ceria.


Agak kecewa dan seperti hilang berminat padanya. Namun diakhir lawatan bila V dengar dia berbual dengan Personal Assitant (PA) nya. Dia perlu berkejar ke tempat lain pula dan seolah2 mengejar jadual nya yang padat. V mula berfikir positif. Mungkin dia tidak mahu terlepas temujanji (Mungkin). Bila diperhatikan lagi raut wajahnya ternyata V nampak dia seperti PENAT. Mungkin kurang rehat atau tidur dek kerana jadual nya yang padat. Tersentuh rasa hati dan rasa kasihan kepada artis kesayangan V ni.


Jadi pengajarannya.. Bila kita cuba mengenal seseorang. Sentiasa memandang mereka dengan positif. At the end kita akan tahu mengapa mereka sebegitu. Mengapa mereka di label sombong atau tidak seramah di TV.


Dan pesanan juga kepada artis. Bukan semua orang boleh berfikiran positif. Untuk mengelakkan sebarang tanggapan negatif sentiasa melakukan perkara2 yang menyenangkan orang lain.

As public Figure itulah lumrah kehidupan.. Penat melayan karenah peminat itu sudah menjadi daging dalam diri.


Harap membuka hati dan akal kita yang bergelar INSAN...

No comments:

Post a Comment